Sunday, July 27, 2008

LANGKAH BAGI MENGURANGKAN PERTAMBAHAN PENAGIH DADAH

Penagihan dadah adalah satu aktiviti yang tidak sihat dari dulu hingga kini dan sampai bila-bila. Kenapa bilangan penagih dadah bertambah? pada pandangan saya, bertambahnya penagih dadah kerana adanya aktiviti pengedaran dadah. Aktiviti pengedaran dadah mestilah disasarkan kepada pengguna dadah. Sekiranya tiada pengguna dadah sudah tentu dadah tidak dapat diedarkan. Tetapi yang penting apa tujuan seseorang menjadi pengedar dadah? Jawapannya ialah kerana wang. Aktiviti mengedar dadah adalah sangat menguntungkan. Orang akan lupa kepada hukuman jika dapat ditangkap kerana dengan wang semua boleh jadi (dalam fikiran mereka).

Disini saya ingin mengutarakan pandangan yang boleh mengurangkan pertambahan penagih dadah. Caranya ialah menggalakkan kegiatan mengedar dadah kepada mengedar rokok. Sekiranya mengedar rokok boleh membawa keuntungan, buat apa mengedar dadah!. Lagi pun hukuman mengedar rokok jauh lebih ringan dari hukuman mengedar dadah.

Bagaimana nak menukar profesion pengedar dadah kepada profesion pengedar rokok?.

Caranya ialah kita haramkan penjualan rokok. Apabila kita mengharamkan penjualan rokok sudah pasti ada satu aktiviti iaitu 'MENGEDAR ROKOK" secara senyap. Permintaan terhadap rokok memang tinggi, jadi sudah tentu pengedar rokok akan mengaut keuntungan. Jika aktiviti mengedar rokok menguntungkan sudah pasti pengedar dadah akan beralih kepada mengedar rokok. Secara perlahan pengedar dadah akan berkurang dan bilangan penagih baru pun dapat di minimakan.

Penagihan rokok tidaklah seteruk penagihan dadah.

Kesimpulannya:

Untuk mengurangkan penagih dadah kita perlu haramkan penjualan rokok.

1 comment:

  1. cara yang tidak membawa perubahan.hisap rokok membawa maut dan hisap dadah juga membawa maut

    ReplyDelete